TERMA
1. Polisi Sampel (Sampling)
- Semua sampel adalah berbayar (anggaran RM70 bergantung jenis & kuantiti).
- Sampel sedia ada dihantar dalam 7 hari bekerja bergantung kepada ketersediaan stok.
- Sampel formulasi khas siap dalam 2–7 minggu bergantung kepada giliran dan tempahan bahan mentah.
- Bayaran sampel tidak boleh dipulangkan.
- Caj penghantaran tambahan RM10 ke Sabah & Sarawak.
- Bayaran balik hanya diberikan jika sampel tidak mencukupi, tidak siap mengikut masa atau gagal dibuat selepas banyak kali percubaan.
- Jika meniru produk, pelanggan perlu menghantar produk asal kepada kami.
- Sesetengah pembungkusan atau saiz sampel tidak mewakili saiz sebenar
2. Polisi Harga, Promosi & Tempahan (Pricing, Promotion & Ordering Policy)
- Pelanggan digalakkan menempah dan mencuba sampel berbayar terlebih dahulu sebelum menghasilkan produk sebenar.
- Harga produk dan perkhidmatan di laman web bukanlah harga terkini dan boleh berubah mengikut kos bahan mentah, kos operasi, jenis perkhidmatan serta jumlah pesanan.
- Syarikat tidak terlibat dalam sebarang bentuk promosi produk pelanggan.
- Harga bagi ulangan tempahan biasanya sama sekiranya kuantiti tempahan dikekalkan.
3. Polisi Pembayaran & Pengembalian (Payment & Refund Policy)
- Semua deposit, bayaran dan produk yang sedang, telah dibuat atau dijual adalah tidak boleh dipulangkan.
- Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk memulakan tempahan, manakala baki dibayar selepas produk siap untuk penghantaran.
- Dalam situasi tertentu seperti kegagalan menyiapkan produk, pengembalian duit akan diberikan selepas ditolak kos perkhidmatan yang telah dilakukan.
- Pelanggan boleh menempah produk sebenar tanpa membeli sampel, namun tiada ganti rugi jika tidak berpuas hati dengan produk OEM tersebut.
4. Polisi Privasi & Kerahsiaan (Privacy & Confidentiality Policy)
- Untuk OEM Jenama Sendiri, semua maklumat pelanggan, produk, bahan dan formulasi adalah dirahsiakan sepenuhnya.
- Syarikat berhak menyembunyikan sebahagian bahan bagi mengelakkan produk ditiru, selagi ia tidak melanggar undang-undang.
5. Polisi Ejen, Bahan Mentah & Pihak Ketiga (Agent, Raw Materials & Third-Party Policy)
- Syarikat tidak melantik ejen atau orang tengah untuk mengambil tempahan.
- Syarikat tidak mendaftarkan produk buatan sendiri (homemade) atau produk dari kilang lain.
- Syarikat tidak menerima bahan mentah daripada pelanggan atau pembekal luar.
- Syarikat berhak menggunakan khidmat pihak ketiga bagi tujuan pensijilan & perlesenan jika diperlukan.
- Syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul apabila pelanggan berurusan dengan pihak ketiga yang dicadangkan seperti pembekal botol dan sebagainya.
6. Polisi Reka Bentuk Produk (Design Policy)
- Khidmat reka grafik disediakan secara percuma, tetapi softcopy reka bentuk kekal menjadi hak milik syarikat dan tidak diberikan kepada pelanggan.
- Kemasan akhir & rekabentuk untuk kotak dan stiker ditentukan oleh syarikat sekiranya kuantiti tempahan kecil.
7. Polisi Pengeluaran & Kualiti Produk (Production & Quality Policy)
- Pengambilan gambar kilang, pekerja, mesin dan proses pengeluaran adalah dilarang.
- Tempoh menyiapkan sesuatu produk lazimnya 3–7 minggu selepas bayaran deposit (tidak termasuk proses rekaan grafik, pensijilan dan perlesenan).
- Kuantiti produk siap mungkin lebih atau kurang daripada jumlah ditempah;
- Lebihan produk akan dicaj: contohnya tempahan produk 100 kotak, tapi yang siap 108 kotak. Lebihan 8 kotak wajib ambil & bayaran tambahan perlu dibayar.
- Kekurangan produk akan ditolak mengikut kadar harga tempahan.
- Sesetengah bekas atau kotak mungkin rosak semasa proses; pelanggan perlu menyediakan lebihan pembumgkusan sebagai persediaan (jika disediakan oleh pelanggan).
- Syarikat tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kelewatan akibat perubahan undang-undang oleh KKM, JAKIM atau agensi berkaitan.
8. Polisi Penghantaran & Penyimpanan (Shipping & Storage Policy)
- Syarikat tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan produk semasa dihantar melalui syarikat kurier.
- Produk yang disimpan lebih daripada satu minggu selepas siap berada di bawah tanggungan pelanggan.
- Produk yang tidak dituntut melebihi 4–6 bulan boleh dilupuskan atau dijual.
- Syarikat tidak bertanggungjawab atas kerosakan produk akibat penyimpanan yang tidak betul oleh pelanggan.
- Caj tambahan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak bergantung kepada jenis dan kuantiti produk.
- Kotak karton untuk penghantaran disediakan secara percuma.